BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 8, 2012

|| Hati Bermunajat ||



Ya-Allah. Ampunkan aku. 

Selama ini aku khilaf. Maafkan aku jika selama ini aku tidak ikhlas mencari cinta-Mu. 

Maafkan aku jika selama ini aku kurang mengingatimu.

 Maafkan aku jika selama ini aku hanya berdoa kepada-Mu untuk memenuhi keperluan peribadiku. 

Ya-Allah, bantulah aku untuk kembali mencari cinta-Mu. 

Bantulah aku untuk kembali memperbaiki diri semata-mata untuk-Mu.'

 


 

Tuesday, August 7, 2012

|| Kerinduan Malam ||



Jika ada jodoh, kita akan bertemu...
Buat masa ini, biarlah kita berjauhan dulu.
Jika benar diriku dicipta untukmu dan dirimu dicipta untukku...
Walau jauh mana, meskipun lama mana..
Kita kan tetap akan bersatu..
____ sekian____

Thursday, March 22, 2012

| Salam Perantauan 3/2012 |

Alhamdulillah..syukur kepada Allah yang Maha Esa
kerana dengan izinNya dapat aku kembali bertugas di negeri kelahiran aku..

nie mungkin entry yang terakhir aku di perantauan.. (cEewahhhh)
pasni insyallah akan tetap dan bpencen dok kt loqstaq ja laa.. =)
berkat usaha+doa+tawakal selama ini bbalaoi-baloi rasanya...

pujangga bkata.... setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan,

aku sebagai hambaNYA redha dgn ketentuan yang telah ditetapkan
rasa rindu pasti ada dan akan sentiasa bertandang di lubuk hati ini buat insan2 yang sama-sama
ketika susah dan senang, ketika aku terlalu jauh dengan mak+ayah..
merekalah yang banyak mbantu..
segala jasa2 yg dberikan tidak mampu untuk dibayar
dgn duit yg bkepuk2 dlm bank (biaq bkn duit aku pon)

Minggu yang terakhir aku kt sini akan aku manfaatkn sepenuhnya dgn sahabat slamanya


Im gonna misssss all of u at SMKTIP2 @ GM..

Saturday, February 11, 2012

| kemaafan dendam terindah |


Pernah dalam hubungan, kekadang kita rasa kita betul. kita rasa si dia yang patut mintak maaf dulu. adakala ego tu terlalu tinggi sampai bertahun-tahun tak bertegur sapa. kenapa susah orang nak mengalah? aku tak nampak apa-apa kekurangan pun kalau kau mengalah. adakah kau rasa tak cool kalau kau datang kat dia dan cakap "aku mintak maaf?". biar lah even kau tak salah sekali pun. kita dengan tuhan pun macam tu. kalau tuhan nak ungkit salah kau dengan DIA, aku yakin kau tak larat nak dengar.




(cam tajuk lgu mek cah ja..haha)